30 April, 2011

ST12-cinta tak harus memiliki/lirik.wmv



lagu yang paling sedih......bile putery dengar lagu ni menitis airmata putery.teringat kenangan2 yg pernah berlaku dalam hidup putery.kite terpaksa berkorban utk org lain...kenapa?????mungkin ade hikmah disebalik ape yg berlaku...terimalah saja....

26 April, 2011

Tanda kekasih curang

PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.

Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?

Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?

Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:


•Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.
Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.

Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.

•Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.
Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.

•Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.
Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.

•Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.

•Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
•Tidak lagi rajin menelefon anda
Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

24 April, 2011

lagu kenangan........

meminati seseorang.......

macam mane nak diungkapkan kalau hati dh mula meminatinye....arghhh,...x th nak gambarkan kalau dia berada di depan mata.tapi putery kena sedar kedudukan putery le.....x sepadan.sehari x pandang rase macam setahun lamanye...uuuuu....dahsyatkan...
korang nak tahu,putery suke ganggu dia...tp dia ni x pandai nak marah...senyum je..comel sgt.just suke je,x lebih dr itu.maklum ajelah nak minat lebih siapalah putery ni....kang ade plak yg cemburu buta.mcm dulu2......cukup ler dulu putery sering dicemuh,dihina oleh anasir-anasir jahat mulut....yang dengki & cemburu. tp putery anggap itu sume adalah cabaran& dugaan dalam hidup....
kalau x pernah ade pengalaman sebegitu dianggap tidak lengkap kehidupan ini...tp putery terima dgn tabah ape jua yg menimpa.kali ni putery minat seseorang ni hanya utk mengisi kesunyian jer.boring2 boleh sembang2 dgn dia....dia sgt mnghiburkan....pandai wat joke....tidak pernah menyakitkan hati.hmmm,......tp sume tu hanya sementara.bile sampai waktunye dia pun terpaksa berlalu dari hidup putery untuk selamanya..........

mencari si dia.....

cinta akan penulisan novel

dah lame putery x menulis......rasenye nak start semula ni.tp masalahnye mase x bape ade,sibuk dgn kewajipan yg perlu ditunaikan..insyaAllah,putery akan cube luangkan ms utk menulis cerpen kembali.