03 Februari, 2015

Lelaki Bujang Terlajak.......

Jika dulu ramai mengatakan status ‘andartu’ atau anak dara tua lebih ramai berbanding ‘lelaki lanjut usia’, namun semuanya sudah berubah kerana lelaki pula yang sukar membuat keputusan berkahwin pada usia muda. Senario membabitkan golongan wanita berkahwin lewat bersandar pada alasan dan punca mudah. Wanita sering kali mengatakan kesukaran mendapat pasangan sepadan atau masalah terlalu memilih sebagai alasan mereka lambat berkahwin. Malah melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi, mahu membantu keluarga, berjawatan profesional atau mementingkan kerjaya juga masalah peribadi adalah jawapan paling selamat bagi mengelakkan diri dikatakan ‘tidak laku’. Tapi itu wanita. Lupakan seketika si andartu kerana fokus utama kita kini adalah golongan Adam dan sedar atau tidak, bilangan lelaki berkahwin lewat usia juga makin meningkat hari demi hari. Puncanya mudah, berdasarkan tinjauan dilakukan, pelbagai sebab diberikan sekali gus mempengaruhi diri seseorang lelaki itu untuk terus membujang atau lewat berkahwin kerana terlalu sibuk dengan pekerjaan, menganggap diri tidak bersedia dari segi mental atau fizikal, takut atau bimbang rumah tangga tidak bahagia dan meragui kemampuan seksual sendiri. Selain itu, tiada nafsu terhadap wanita, melalui pengalaman pahit ketika bercinta, mahu bebas dan suka hidup sendiri, tidak mahu mengecewakan pasangan serta hantaran kahwin tinggi juga antara sebab mereka mengelak untuk menggenggam tanggungjawab itu. Lelaki lebih beremosi berbanding perempuan apabila bercerita soal putus cinta. Kebanyakan lelaki yang mengamalkan seks sejenis adalah mereka yang kecewa kerana dipermainkan wanita sebelumnya dan itu antara sebab ramai lelaki tidak kisah soal kahwin. Lihat secara rambang kehidupan di bandar, lelaki lebih terdedah dengan kehidupan bebas yang mana tiada komitmen atau ikatan. Kahwin bukan lagi lesen untuk seseorang lelaki melakukan seks kerana aspek itu sudah banyak ditawarkan tanpa perlu sijil nikah. Seks bukan lagi faktor untuk seseorang itu mengambil keputusan berkahwin sebaliknya ramai anak muda hari ini sudah pun mengikut budaya Barat yang menolak konsep perkahwinan serta menghalalkan seks bebas, sekali gus menyebabkan akidah tergelincir sehingga meningkatkan kes masalah sosial masyarakat. Bagaimanapun lelaki yang berkahwin lewat kebanyakannya lebih mementingkan kerjaya dan tidak langsung bimbang soal memiliki keluarga. Ada juga berpendapat berkahwin akan lebih menambahkan masalah saja. Dalam perspektif Islam, perkahwinan adalah perjanjian antara lelaki dengan wanita sebagai satu ikatan sah dan bersih dengan tujuan mengembang dan memanjangkan zuriat. Walau apapun pandangan mengenai isu kahwin lewat, ia perlu bersandarkan nilai agama dan budaya masyarakat negara ini. Alasan tiada jodoh tidak boleh dijadikan sebab utama lewat berkahwin kerana sebagai umat Islam, perlu ada usaha untuk mencari pasangan. Setiap manusia sudah ditetapkan jodoh dan kita perlu berusaha mencarinya. Faktor kesibukan bekerja, sukar mencari pasangan atau berpendidikan tinggi juga tidak boleh dijadikan alasan. Dalam satu hadis ada menyebut, ibu bapa hendaklah mengahwinkan anak mereka apabila sudah layak mendirikan rumah tangga. Jadi dalam hal ini setiap orang perlu berusaha mencari jodoh malah orang yang berkahwin awal boleh diibaratkan seperti menunaikan separuh daripada iman. Jika tidak menemui jodoh, pergi berjumpa orang alim seperti tok guru, imam atau ulama untuk meminta panduan dan nasihat. Seseorang itu tidak boleh menunggu atau mencari pasangan mereka di sekeliling saja kerana soal mencari jodoh tidak terhad kepada orang Melayu sebaliknya boleh mencari warga asing asalkan Islam. Malah dalam satu laporan akhbar ada menyebut yang mengutamakan hal lain sehingga mengetepikan perkahwinan sangat tidak digalakkan dalam Islam. Katanya, Nabi Muhammad pernah bersabda: “Wahai pemuda, siapa di antara kamu yang mempunyai kemampuan, hendaklah berkahwin”. Itu menunjukkan perkahwinan amat ditekankan Islam malah ada ayat al-Quran meminta wali atau sesiapa yang bertanggungjawab terhadap seseorang wanita mengahwinkan jagaannya. Islam melihat perkahwinan sebagai keperluan dan ibadat. Ia penting untuk melahirkan generasi baru. 10 sebab mengapa lelaki membujang 1. Tidak ada nafsu terhadap perempuan. 2. Ada pengalaman pahit dalam bercinta. 3. Dilahirkan dalam keluarga yang porak-peranda. 4. Terlalu mencintai seseorang dan apabila cinta itu tidak kesampaian, terus hilang selera untuk berumahtangga. 5. Takut tidak bahagia bila berumah tangga nanti. 6. Meragui kemampuan seksualiti sendiri. 7. Merasakan lebih bebas dan senang hidup sendiri. 8. Terlalu sibuk dengan pelajaran atau pekerjaan. 9. Bimbang tidak dapat membahagiakan isteri dan takut mendapat anak cacat atau tidak cemerlang sebagaimana dirinya. 10. Senantiasa merasa tidak bersedia dari segi kemampuan material dan takut pasangan kecewa tidak dapat apa yang mereka inginkan.

Kahwin dengan.....Bujang Terlajak, Duda Atau Suami Orang?

Sekadar renungan..... Jangan terasa hati bile membacanya.... hairan dengan perangai sesetengah kaum adam ni.....dah kahwin,keje pun bagus,ade anak,komitmen yang tinggi...masih juga ade hati nak kahwin lagi satu,dua dan tiga.pelik sangat.....ape salahnya,peliharalah & sayangilah isteri yang seorang itu dengan sebaik2nya...anugerah Allah yg terindah buat kaum adam.jangan asyik fikir nak memenuhi kehendak hati sahaja. Lain plak dengan kaum adam yang bujang terlajak (jgn marah arr) & menduda sekian lama....tak nak plak nak kahwin...konon takut komitmen la...dh serik la....perempuan tak boleh percaya la...susah la bile ade keluarga,tidak bebas ke mana2...nak enjoy dulu la...mcm2 jawapan yg kite boleh dpt klu kite interview kaum adam yang bujang terlajak& duda ni....tp klu yg bujang terlajak ni nak kahwin,x de sapa nak kata ape2...tp klu yg dh kahwin tu nak tambah lagi satu ishh....ramai le yang akan berkata2.ape2 pun......berkahwin adalah sunnah Rasulullah...kita x boleh nak halang atau memaksa mereka ini kahwin klu belum tiba masanya.

26 Oktober, 2013

penang-selangor-kuala lumpur

Bermula dari penang ke selangor dan garisan penamatnye di kuala lumpur.....itulah pengorbanan aku sebagai seorang pendidik yang berkorban demi keluarga tersayang.Aku tinggalkan kenangan pahit di penang sekembalinye aku ke selangor & hanya membawa kenangan manis & indah saja ke sini...Aku bertukar ke selangor kerana kesihatan mama aku x begitu baik ketika itu.Alhamdulillah,ketika aku berpindah ke selangor mama aku dapat menjalani pembedahan kecil utk jantung dengan selamat di IJN tahun 2012...jd aku dh dekat dengan family x pyh susah2 mama aku nk panggil aku dr penang balik ke kl....berpindah ke selangor suasana tempat kerja x ubah seperti di penang.cume byk yg buat aku kurang senang dgn keadaan di sane.bkn disebabkan kampung tp....mls aku nk cite psl org.biarlah ape yg mereka buat rase betul,...suke hati le.tuhan tu ade...melihat ape yg mereka buat.lantak le.... cume aku hairan,...mereka tu mmg perangai begitu ke???pelik tapi benar....suasana sekolah yg berteraskan agama dh tentu orgnye baik,ramah,sopan santun...jaga mulut...baik budi pekerti la...tp sebaliknye...same je klu skolah yg cam gitu.aku bkn nk kutuk mereka ni...tp hairan.mungkin mereka ni tahu hukum hakam kot,dan bile2 mase boleh bertaubat...hmmmm....whatever la.aku....mcm aku le...baik je dgn sape2...org x senyum pun,...aku senyum gak...mcm bodoh kan.tak pelah...kite kat tempat org kena la tunjuk muke manis....hmmmm,...tu pun mereka tak suke....suke hati ko la.... banyak le kenangan pahit kat selangor....manis????skit jer....boleh kira dgn jari.huhuhu... Kuala lumpur......best!!!!suasana tempat keje dkt dgn rumah....kawan2 pun best,baik...peramah...x kedekut ilmu.muke manis...setakat ni le...tp so far so good.suke...banding di selangor baru masuk 2 hari muke masing2 mcm x suke jer kehadiran orang baru...klu kat kl...bukan main gembira sgt dpt orang baru.kan bagus mcm tu....saling tolong menolong...x tahu nak cakap ler...mmg baik le...ape2 pun di mana kite berada pepandai le sesuaikan diri...

12 Disember, 2011

KENANGAN TERINDAH (5B '2011).mp4



segalanya menjadi kenangan yang paling indah buat diriku selamanya.......putery anggap mereka macam adik putery sendiri....sayang korang sume....moga korang berjaya di dunia dan akhirat...

15 Oktober, 2011

naper dia lukakan hati ini???

makin dia menjauhkan diri dari ku,makin ku rasa dia dkt dengan ku.....hmmmm,tp pernah putery terfikir..kata2 putery mcm dia amik kisah.eleh,kekadang tu ego je lebih.putery tahu dia x akan berbaik semula dgn putery lagi...usah kau bermimpi utk kembali menawan hatinye...putery x sangka dia sanggup buat x tahu kat putery.seolah2 putery x wujud di situ.....sedih kan......
putery tujukan lagu anuar zain terbaru utk dia....(cinta harus memiliki)
walaupun dia hanya menjaga hati ini,hakikatnye dia x rela utk berbuat demikian.dia sanggup lukakan hati ini sebenarnya...cume putery merayu agar dia bersikap timbang rs@ cukuplah dgn bersimpati dgn putery yg msh menagih kasih drnya....walaupun dia x pernah sudi menerimanya.....
biarlah ape anggapan org tp dia terlalu istimewa dlm hidup ini....hanya Allah sj yang tahu....

11 Julai, 2011

sombongnye dia....

naper dia wat kat putery mcm ni????dia sengaja sakitkan hati putery.katanya masa pun boleh berubah inikan pula dia....dengan sekelip mata dia berubah.mcm x kenal.hairan dia boleh bersikap mcm tu kat putery...ape sume ni???sj menguji kesabaran putery iedola?putery sendiri x fhm dgn sikap dia yg sombong tu.ape yg dia dpt wat kat putery mcm ni...mungkin bagi dia satu keseronokan....tp bg putery ia begitu menyakitkan..
apa pun klu dia membaca luahan hati putery ni,....putery dh tawar hati utk kembali berbaik semula.jika dia terus b'sikap begini....putery pun ade maruah diri,x suke dipersendakan...dipermainkan...jika dia nak putery tidak menghubunginye...putery akan buat seperti awal2 tahun dulu....mungkin itu yg membahagiakan dia.

29 Mei, 2011

sedih&gembira

putery ade cite nak kongsi dgn kalian sume.......sdih gak....tp gembira pun ade...biarlah putery cite yang sedih dulu....mama putery marah2 putery sebab x dpt tukar ke KL.ntah kenapa ht ni berat nak meninggalkan penang ni....adakah putery dh sayangkan penang ni.awal thn dulu putery beria2 nak balik ke KL tp skrg lain jadinye..putery dh kecewakan ht&perasaan mama..."MAMA,MAAFKAN ANAKMU INI,KU TAHU APE YG MAMA BUAT UTK KEBAIKAN DIRIKU JUGA TP TAKDIR MENENTUKAN SEGALANYA"
bukan sengaja x nak usaha dapatkan pertukaran ke KL,tp ht ni berat sgt nk melangkah pergi....putery sendiri pun x tahu.
mama dh terasa hati dgn putery....MAAFkan ANAKMU INI!!!!!terlalu rs bersalah.insyaAllah,sekiranye peluang bertukar ke KL di buka lg,putery akan apply semula.putery x pernah melawan ibubapa putery...putery ikut segala perintah dr kecil hingga le skrg....tp kali ni biarlah keputusan putery wat sendiri....
PUTERY SAYANGKAN MAMA&BABA.....x kan pernah hilang dlm ingatan ini hingga nafas terakhir.

cite gembira,putery still dpt bertemu anak2 murid tersayang.belum puas putery menatap wajah2 mereka yg dahagakan ilmu,kenapa harus putery tinggalkan mereka begitu sj demi kepentingan diri sendiri.putery akan stay sampai hujung tahun ni demi mereka yg tersayang.
putery dh mula sayangkan mereka....mungkin mereka anak murid yg dengar kata hingga putery x sanggup berpisah.sekiranya mereka membaca luahan putery ni....PUTERY SAYANG KORANG SUME!!!!....blajar rajin2 ye....moga sukses dlm SPM nnt.

itulah cite putery....nnt putery sambung lagi...